Monday, 8 June 2015

MINIT CURAI BULAN SAINS, MATEMATIK & VOKASIONAL 2015

Hasil mesyuarat bersama semua panitia yang terlibat (Sains, Matematik & KHB)...berikut adalah minit curai bagi Bulan Sains, Matematik & Vokasional Menengah Rendah 2015..

Untuk softcopy, sila muat turun link di bawah:
MINIT CURAI BULAN SAINS, MATEMATIK & VOKASIONAL 2015


MINIT CURAI

Kepada
:
Pengetua SMK Sri Aman
TUAN HAJI ABANG ADRUS BIN HAJI ABANG JUNIDI
Daripada
:
Ketua Panitia Sains MR
PN. PAINE ANYIE
Perkara
:
Mesyuarat Program Bulan Sains, Matematik & Vokasional Menengah Rendah SMK Sri Aman 2015
Tarikh
:
28 Mei 2015 (Khamis)
Masa
:
1100
Tempat
:
Bilik Mesyuarat Kecil, SMK Sri Aman



1.
LATAR BELAKANG MESYUARAT


Hadir
Puan Paine Anyie
KP Sains MR (Pengerusi)
Encik Stewart Jana anak Allias Musa
KP Matematik MR
Puan Sharifah Hayati binti Wan Abdullah
Setiausaha
Puan Sabtuyah binti Hamdan
Guru Sains MR
Encik Musa bin Tuah
Guru Sains MR
Encik Mohd Fuad bin Mohd Arshad
Guru Sains MR
Puan Haeidatul Nadwah binti Hassan
Guru Sains & Matematik MR
Puan Siti Khadijah binti Ismail
Guru Sains & Matematik MR
Puan Chu Sze Yin
Guru Matematik MR
Puan Lucy anak Sujang
Guru Matematik MR

Tidak Hadir Bersebab
Puan Senorita anak Japan        
Guru Matematik MR

Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membincangkan pengisian aktiviti dan agihan tugas sempena Bulan Sains, Matematik & Vokasional yang akan dilaksanakan pada bulan Julai 2015.

2.
ISU ATAU MAKLUMAT PENTING


2.1  Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu tidak bersama dalam mesyuarat di atas sebab yang tidak dapat dielakkan, walau bagaimanapun, mereka turut merancang program sempena bulan tersebut dan akan memaklumkan kepada pengerusi dan setiausaha untuk dimasukkan ke dalam minit.

2.2  Hasil ketetapan mesyuarat, berikut adalah agihan aktiviti dan tugas yang akan dilaksanakan sepanjang Bulan Sains, Matematik dan Vokasional pada bulan Julai 2015.

Bil
Aktiviti
Tarikh
Tempat
AJK
1
·         Perasmian Bulan Sains, Matematik & Vokasional
·         Persembahan pelajar
·         Majlis Perasmian
01.07.2015 (Rabu)
Dewan Hollis
Encik Mohd Fuad Mohd Arshad
Puan Haiedatul Nadwah Hassan
Puan Sabtuyah Hamdan
Puan Lucy Sujang
Pelajar
2
Pertandingan Kuiz KBAT Matematik
06.07.2015 – 10.07.2015
Dewan Hollis
Encik Stewart Jana Allias Musa
Puan Lucy Sujang
3
Teka Bilangan
·         Popcorn
·         Kacang Hijau
·         Guli
06.07.2015 – 10.07.2015
Kelas
Puan Haeidatul Nadwah Hassan
Puan Senorita Japan
4
Pertandingan Soduku
09.07.2015
(Khamis)
Dewan Hollis
Cik Siti Khadijah Ismail
Puan Chu Sze Yin
Bil
Aktiviti
Tarikh
Tempat
AJK
5
Pertandingan Gubahan Bunga
01.07.2015 -14.07.2015
-
Cik Norhasmera Zakari
Encik Awang Yunus Awang Mostafa
6
Pertandingan Memasak
23.07.2015
(Khamis)
Bengkel KHB
Puan Emily Tangkong
Puan Robina Lo
7
Saintis Muda
28.07.2015
(Selasa)
Makmal Sains Am
Puan Paine Anyie
Pembantu Makmal
8
Pertandingan Telur Kebal
29.07.2015
(Rabu)
Makmal Sains Am
Puan Sharifah Hayati binti Wan Abdullah
9
Rekacipta / Inovasi
01.07.2015 – 31.07.2015
-
Puan Sabtuyah binti Hamdan
10
Explore Race Science & Maths
31.07.2015
(Jumaat)
Dewan Hollis
Encik Musa bin Tuah
11
Majlis Penutupan
05.08.2015
(Rabu)
Dewan Hollis
Puan Paine Anyie
Puan Sharifah Hayati Wan Abdullah
Puan Senorita Japan
Puan Lucy Sujang
Pelajar



2.3  Kertas Kerja Bulan Sains, Matematik & Vokasional akan disediakan oleh Puan Paine Anyie untuk diajukan kepada pihak pengurusan.


2.4  Hadiah bagi setiap pertandingan akan dibeli menggunakan peruntukkan panitia Sains, Matematik & Vokasional Menengah Rendah.

3.
MAKLUMAN / TINDAKAN PENGURUSAN SMK SRI AMAN


3.1  Pembelian hadiah bagi setiap pertandingan yang diadakan.

3.2  Pembelian keperluan lain seperti banner, bahan-bahan untuk gimik dan sebagainya.

3.3  Terlibat dalam majlis perasmian bulan Sains, Matematik & Vokasional pada 1 Julai 2015 (Rabu) semasa perhimpunan sekolah.

3.4  Terlibat dalam majlis penutupan bulan Sains, Matematik & Vokasional dan penyampaian sijil dan hadiah pada 5 Ogos 2015 (Rabu) semasa perhimpunan sekolah.



Disediakan oleh:




(Sharifah Hayati binti Wan Abdullah)
Setiausaha Panitia Sains MR
SMK Sri Aman


Tarikh: 29 Mei 2015
Disemak oleh:




(Paine Anyie)
Ketua Panitia Sains MR
SMK Sri Aman

Disahkan oleh:




(Tn Haji Abang Adrus bin Haji Abang Junidi)
Pengetua
SMK Sri Aman




Thursday, 28 May 2015

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL.2 2015

Mesyuarat Panitia Sains Bil.2 / 2015 telah dilaksanakan pada 10 April 2015 yang lepas.  Minit Mesyuarat boleh dimuat turun dari pautan di bawah:



MESYUARAT PANITIA SAINS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI AMAN
BIL. 2 TAHUN 2015

                                   Tarikh   :           10 APRIL 2015
                                   Hari      :           JUMAAT
                                   Masa     :           8.30 PAGI
                                   Tempat :           MAKMAL SAINS AM 1, SMK SRI AMAN


HADIR

1    Puan Paine Anyie                                      Ketua Panitia Sains Menengah Rendah / Pengerusi
2    Encik Musa Bin Tuah                                Penolong Ketua Panitia Sains Menengah Rendah
3    Puan Sharifah Hayati Bt Wan Abdullah     Setiausaha
4    Puan Haeidatul Nadwah Biniti Hassan                               Penyelaras Tingkatan 2
5    Encik Mohd Fuad Bin Hj. Mohd Arshad               Penyelaras Tingkatan 1
6    Puan Sabtuyah Binti Hamdan                                Guru Sains


TIDAK HADIR BERSEBAB

1   Cik Siti Khadijah Binti Ismail                     Penyelaras Tingkatan 3


AGENDA MESYUARAT

1.0
PERUTUSAN KETUA PANITIA SAINS MENENGAH RENDAH


1.1
Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ahli Panitia Sains Menengah Rendah  (MR) ke mesyuarat Panitia Sains Menengah Rendah Bil. 2/2015, dan berterima kasih kepada semua yang dapat menghadirkan diri. 


1.2
Pengerusi memaklumkan bahawa Cik Siti Khadijah binti Ismail tidak dapat hadir bersama kerana beliau menghadiri kursus berkaitan dengan buku teks.


2.0
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1
Pengesahan minit mesyuarat dicadangkan oleh Puan Sabtuyah binti Hamdan dan disokong oleh semua ahli mesyuarat.


3.0
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1
Perkara 3.1 : Modul Off-Line



3.1.1
Modul Off-Line Sains sudah boleh mula diisi dan boleh dimuat turun daripada blog PBS sekolah. 


3.1.2
Guru perlu meletakkan Rekod Transit di belakang Buku rekod Mengajar, biarpun maklumatnya belum diisi.
Tindakan: Panitia Sains





3.2
Perkara 3.2:  Program Bulan Sains



3.2.1
Program Bulan Sains pada tahun ini akan diadakan sepanjang bulan Julai. Pengisian Bulan Sains dan agihan tugas akan dibincangkan pada bulan Mei atau selewat-lewatnya bulan Jun. 
                                                                                 Tindakan: Panitia Sains MR


3.3
Perkara 3.3:  Masalah Kebocoran paip makmal


3.3.1
Encik Musa memaklumkan bahawa terdapat masalah kesukaran untuk menutup paip di makmal Sains Am 2 dan menyebabkan air tidak berhenti mengalir.


3.3.2
Beliau telah memanjangkan masalah tersebut kepada Pembantu            Makmal namun tiada sebarang tindakan diambil setakat ini.  Beliau berharap supaya panitia memohon peruntukan daripada pihak pengurusan untuk memperbaiki paip tersebut. 

Tindakan: Pihak Pengurusan



4.0
AGENDA PROFESIONAL


4.1
Tugas Panitia



4.1.1
Pengerusi mengingatkan agar semua rakan panitia Sains supaya faham tentang tugas-tugas masing-masing terutama sekali dalam p&p.

       Tindakan: Untuk makluman


4.2
Penyelaras Tingkatan



4.2.1
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua penyelaras Tingkatan yang telah menyediakan analisis keputusan Ujian Bulanan 1 yang lalu.


4.2.2
Adalah diharap supaya kerjasama sebegini sentiasa berterusan demi memastikan perancangan panitia berjalan dengan lancar.
                                                               Tindakan: Untuk makluman


4.3
Pengajaran & Pembelajaran  (P&P)



4.3.1
Demi Melindungi Masa Instruksional (MMI), pengerusi mengingatkan supaya rakan guru sentiasa berusaha untuk menyediakan bahan yang akan digunakan oleh pelajar jika guru diarahkan untuk berkursus atau menghadiri tugas di luar sekolah.
                      Tindakan: Untuk makluman


4.4
Kelas Bimbingan PT3



4.4.1
Jadual Kelas Bimbingan telah pun dikeluarkan oleh pihak pengurusan.  Subjek Sains diadakan pada hari Isnin pada jam 1030 pagi – 1200 tengahari bermula pada bulan Mac sehingga September.


4.4.2
Setelah dipersetujui bersama, Kelas Bimbingan Sains akan dibahagikan kepada tujuh (7) kumpulan yang melibatkan semua guru Sains MR seperti di bawah:

Kelas
Kumpulan
Guru Pembimbing
Titian Puncak
Albert Einstein
En. Musa bin Tuah
Aristotle
Pn. Haeidatul Nadwah binti Hassan
Archimedes
Pn. Sabtuyah binti Hamdan
Titian Kasih
Edmund Halley
En. Mohd Fuad bin Mohd Arshad
Edwin Hubble
Cik Siti Khadijah binti Ismail
Ibnu Sina
Pn. Sharifah Hayati binti Wan Abdullah
Isaac Newton
Pn. Paine Anyie




4.4.3
Senarai nama pelajar bagi kumpulan masing-masing dalam lampiran yang disertakan.


4.4.4
Bahan untuk Kelas Bimbingan akan disediakan oleh setiap guru pembimbing secara bergilir-gilir mengikut tahap kumpulan masing-masing.
                                                                          Tindakan: Panitia Sains MR


4.5
Perkembangan Staf



4.5.1
Pengerusi memaklumkan bahawa Program Lesson Study (LS) Sains di bawah Professional Learning Community (PLC) akan dimulakan dengan Tingkatan 1 untuk tahun ini memandangkan banyak kekangan dari segi masa bagi Tingkatan 2 dan 3 untuk menghabiskan sukatan.


4.5.2
Guru yang dipilih untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p) bagi kitaran 1 ialah Encik Mohd Fuad bin Mohd Arshad.  Semua panitia Sains MR perlu mengadakan kolaborasi bersama untuk memilih topik dan menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) untuk LS.  Kolaborasi sebelum dan selepas p&p perlu dilaksanakan supaya dapat mengubahsuai dan menambahbaik (RPH) yang telah disediakan.

Tindakan: Encik Mohd Fuad bin Mohd Arshad & Panitia Sains MR






4.5.3
Projek i-Think Science pula akan diadakan sama ada 15 Mei 2015 dan mungkin akan disambung semula pada minggu berikutnya jika perlu. Projek ini dilaksanakan untuk menghasilkan Laluan i-Think Science bagi mewujudkan suasana pembelajaran di sekitar Blok Makmal Sains. 


4.6
Jadual Penyediaan kertas Soalan



4.6.1
Pengerusi mengingatkan supaya guru yang menggubal soalan untuk menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).


4.6.2
Guru yang menyediakan soalan bagi peperiksaan pertengahan tahun nanti harus membuat penyelarasan bersama semua rakan guru yang lain.



4.6.3
Ketetapan mesyuarat kali ini:

Tingkatan
Jumlah soalan
Bab / Topik
1
10
1,2,3
2
10
Tingkatan 1, Tingkatan 2 (Bab 1 – 3)
3
14
Tingkatan 1&2, Tingkatan 3 (Bab 1 – 5)
                                               
  Tindakan: Panitia Sains





4.7
Pengurusan Makmal Sains



4.7.1
Kebersihan Makmal adalah tanggungjawab bersama, dan semua guru yang menggunakannya wajib memastikan keadaan makmal sentiasa kemas dan para pelajar tidak meninggalkan sebarang sampah sebelum meninggalkan makmal





4.8
Kelab Sains



4.8.1
Kelab Sains sesi petang merancang untuk mengemas Bilik Peka dan         diubahsuai menjadi Bilik Gerakan Sains dan Mini Perpustakaan Sains.


4.8.2
Sebuah papan notis akan diusahakan di tingkat bawah blok Sains untuk menyediakan maklumat tentang program panitia kepada para pelajar.  

Tindakan: Guru Penasihat Kelab Sains MR

5.0
HAL-HAL LAIN


5.1
1.1                    Encik Musa bin Tuah memaklumkan bahawa isu penempatan pekerja di bawah tangga makmal Sains masih belum ada penyelesaiannya walaupun telh diajukan kepada pihak pengurusan.

5.2
1.2                    Pengerusi bercadang untuk memohon kerjasama Jawatankuasa Program 3k sekolah untuk menceriakan Taman Sains sekolah. 


Respon:
Encik Mohd Fuad mencadangkan supaya panitia menyediakan Kertas Kerja untuk dimajukan kepada JK 3K sekolah.
Tindakan: Ketua Panitia & Setiausaha Sains MR


6.0
PENUTUP


6.1
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru sains menengah rendah yang telah hadir dalam Mesyuarat Panitia Sains Bil. 2/2015 kali ini.   

6.2
Mesyuarat kali ini ditangguh pada jam 11.30 pagi.




URUSETIA
Panitia sains, SMK Sri Aman


TARIKH
11 April 2015





Disediakan oleh:



…………………………..
Disemak oleh:



…………………………..
Disahkan oleh:



…………………………..
(SHARIFAH HAYATI BINTI WAN ABDULLAH)
Setiausaha Panitia Sains MR
SMK Sri Aman
(PAINE ANYIE)
Ketua Panitia Sains MR
SMK Sri Aman
(HAJI ABANG ADRUS BIN HAJI ABANG JUNIDI)
Pengetua
SMK Sri Aman