Wednesday 16 August 2017

BENGKEL KERJA PENGGUNAAN MODUL HEBAT SAINS PERINGKAT SEKOLAH

Pada 9 & 10 Ogos yang lepas satu Bengkel Kerja Penggunaan Modul HEBAT Sains dalam PdPc telah dijalankan di SMK Sri Aman  bagi semua guru-guru Sains (Sains, Fizik, Kimia dan Biologi) sekolah.  

Bengkel ini adalah anjuran Panitia Sains SMK Sri Aman.  Penceramah ialah Puan Paine Anyie dan dihadiri oleh 13 orang peserta termasuklah Guru Kanan Sains dan Matematik, Ketua Panitia (Sains, Fizik, Kimia dan Biologi) dan ahli.

JADUAL BENGKEL

BENGKEL KERJA PENGGUNAAN MODUL HEBAT SAINS
DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

ANJURAN PANITIA SAINS, SMK SRI AMAN

TARIKH: 9 & 10 OGOS 2017
TEMPAT: MAKMAL SAINS AM 1, SMK SRI AMAN



TARIKH
1430 - 1445
1445 - 1515
1515 - 1545
1545 - 1600
1600 - 1630
1630 - 1730
9 Ogos 2017
Pendaftaran
Modul HEBAT
·      Mengenali Modul HEBAT Sains
·      Instrumen HEBAT
·      Pemetaan
Minum Petang
Contoh RPH PdPc Modul HEBAT
Hands-On
(Merancang RPH yang menggunakan Modul HEBAT)


TARIKH
1430 - 1530
1530 - 1545
1545 - 1730
10 Ogos 2017
Hands-On
(Merancang RPH yang menggunakan Modul HEBAT)
Minum Petang
Pembentangan RPH & Soal Jawab

Banyak perkara baru yang diperolehi hasil daripada perkongsian guru-guru semasa slot Hands-On dalam menghasilkan RPH.  Ilmu yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru untuk menggunakan Modul HEBAT Sains dan menyediakan RPH yang menggunakan modul HEBAT dalam PdPC.

Di sini dikongsikan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang sesi berlangsung untuk kenang-kenangan...
Hari 1: Pengenalan Modul HEBAT Sains oleh Cikgu Paine

Hari 1: Guru-guru yang hadir
Hari 1: Sesi Hands-On menyediakan RPH dengan Modul HEBAT Sains
Hari 1: Ketua Bidang Sains dan Matematik bersama guru Sains
Hari 2: Pembentangan RPH oleh Cikgu Niklas (KP Fizik)-Haba
Hari 2: Pembentangan RPH oleh Cikgu Nadiah (Guru Fizik)-Haba

Hari 2: Pembentangan RPH oleh Cikgu Siti Zulaiha (KP Kimia) dan Cikgu Honny Sophia (KP Sains)
Hari 2: Pembentangan RPH oleh kumpulan Cikgu Mohd Fuad (Penyelaras Sains)

Hari 2: Pembentangan RPH oleh kumpulan Cikgu Sharifah (Guru Sains)
Hari 2: Sesi soal jawab

Hari 2: Sesi soal jawab


Semua peserta yang hadir

Syabas kepada semua peserta yang memberikan komitmen yang tinggi sepanjang sesi bengkel berlangsung. 

Semoga terus cemerlang dalam perkhidmatan kalian dan sentiasa diberkati dalam mendidik anak-anak bangsa!


1 comment: