Wednesday, 16 August 2017

BENGKEL KERJA PENGGUNAAN MODUL HEBAT SAINS PERINGKAT SEKOLAH

Pada 9 & 10 Ogos yang lepas satu Bengkel Kerja Penggunaan Modul HEBAT Sains dalam PdPc telah dijalankan di SMK Sri Aman  bagi semua guru-guru Sains (Sains, Fizik, Kimia dan Biologi) sekolah.  

Bengkel ini adalah anjuran Panitia Sains SMK Sri Aman.  Penceramah ialah Puan Paine Anyie dan dihadiri oleh 13 orang peserta termasuklah Guru Kanan Sains dan Matematik, Ketua Panitia (Sains, Fizik, Kimia dan Biologi) dan ahli.

JADUAL BENGKEL

BENGKEL KERJA PENGGUNAAN MODUL HEBAT SAINS
DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

ANJURAN PANITIA SAINS, SMK SRI AMAN

TARIKH: 9 & 10 OGOS 2017
TEMPAT: MAKMAL SAINS AM 1, SMK SRI AMAN



TARIKH
1430 - 1445
1445 - 1515
1515 - 1545
1545 - 1600
1600 - 1630
1630 - 1730
9 Ogos 2017
Pendaftaran
Modul HEBAT
·      Mengenali Modul HEBAT Sains
·      Instrumen HEBAT
·      Pemetaan
Minum Petang
Contoh RPH PdPc Modul HEBAT
Hands-On
(Merancang RPH yang menggunakan Modul HEBAT)


TARIKH
1430 - 1530
1530 - 1545
1545 - 1730
10 Ogos 2017
Hands-On
(Merancang RPH yang menggunakan Modul HEBAT)
Minum Petang
Pembentangan RPH & Soal Jawab

Banyak perkara baru yang diperolehi hasil daripada perkongsian guru-guru semasa slot Hands-On dalam menghasilkan RPH.  Ilmu yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru untuk menggunakan Modul HEBAT Sains dan menyediakan RPH yang menggunakan modul HEBAT dalam PdPC.

Di sini dikongsikan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang sesi berlangsung untuk kenang-kenangan...
Hari 1: Pengenalan Modul HEBAT Sains oleh Cikgu Paine

Hari 1: Guru-guru yang hadir
Hari 1: Sesi Hands-On menyediakan RPH dengan Modul HEBAT Sains
Hari 1: Ketua Bidang Sains dan Matematik bersama guru Sains
Hari 2: Pembentangan RPH oleh Cikgu Niklas (KP Fizik)-Haba
Hari 2: Pembentangan RPH oleh Cikgu Nadiah (Guru Fizik)-Haba

Hari 2: Pembentangan RPH oleh Cikgu Siti Zulaiha (KP Kimia) dan Cikgu Honny Sophia (KP Sains)
Hari 2: Pembentangan RPH oleh kumpulan Cikgu Mohd Fuad (Penyelaras Sains)

Hari 2: Pembentangan RPH oleh kumpulan Cikgu Sharifah (Guru Sains)
Hari 2: Sesi soal jawab

Hari 2: Sesi soal jawab


Semua peserta yang hadir

Syabas kepada semua peserta yang memberikan komitmen yang tinggi sepanjang sesi bengkel berlangsung. 

Semoga terus cemerlang dalam perkhidmatan kalian dan sentiasa diberkati dalam mendidik anak-anak bangsa!


KERTAS UJIAN BULANAN 2 SAINS TINGKATAN 1 & 4 2017

Salam...
Peperiksaan pertengahan penggal 2 @ Ujian Bulanan 1 telah pun selesai bagi menengah rendah dan masih sedang berlangsung bagi menengah atas di SMK Sri Aman.
Walau bagai manapun, kertas Sains telah pun ditadbir.  Jadi di sini dikongsikan kertas soalan yang telah disediakan bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 (Kertas 2).  Bagi yang ingin memuat turun adalah amat dialu-alukan...

UJIAN BULANAN 2 SAINS TINGKATAN 1 
UJIAN BULANAN 2 SAINS TINGKATAN 1 (PANDUAN PEMARKAHAN)
UJIAN BULANAN 2 SAINS TINGKATAN 4 (KERTAS 2)
UJIAN BULANAN 2 SAINS TINGKATAN 4 (KERTAS 2) (PANDUAN PEMARKAHAN)

Semua kertas soalan di atas telah disediakan oleh Puan Paine Anyie.  Terima kasih.

Jika ada sebarang kesilapan mohon dimaafkan ye...


Tuesday, 9 May 2017

KERTAS SOALAN SAINS TINGKATAN 1 PPT 2017

Salam sejahtera..
Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2017 sedang berlangsung di SMK Sri Aman.  Kertas Sains Tingkatan 1-3 telahpun ditadbir pada 8 Mei 2017 yang lepas.  
Di bawah dikongsikan kertas soalan dan panduan pemarkahan bagi mata pelajaran Sains Menengah Rendah.
Sila klik kertas dan panduan pemarkahan yang hendak dimuat turun.

SAINS TINGKATAN 1
SAINS TINGKATAN 2
SOALAN
PANDUAN PEMARKAHAN
SAINS TINGKATAN 3
SOALAN
PANDUAN PEMARKAHAN

Sunday, 13 November 2016

Ciri-Ciri Murid Abad Ke-21

Pandangan Sekolah

  • Kemahiran pengurusan masa
  • Penyelesaian masalah
  • Pemikiran kritis
  • Kemahiran komunikasi
  • Keupayaan berinovasi
  • Berinterasi dalam kumpulan berbilang budaya
  • Kemahriran untuk menggabungkan TMK & pembelajaran
  • Kesedaran terhadap persekitaran

Pandangan Ibu Bapa
  • Nilai-nilai murni
  • Penyelesaian masalah
  • Keupayaan berinovasi
  • Kepimpinan dan tanggungjawab
  • Mempunyai inisiatif dan hala tuju kendiri
  • Pencapaian dalam sukan dan pendidikan
  • Berfikiran positif
  • Kemahiran Bersosial yang baik
  • Etika
  • Kerohanian

Pandangan Majikan
  • Keupayaan mengadaptasi dalam situasi berbeza
  • Bekerja dengan pasukan maya
  • Kreatif
  • Inovatif
  • Berfikiran kritis
  • Keupayaan untuk berfikiran ke hadapan dan merancang
  • Keupayaan menyelesaikan masalah
  • Bekerja dengan berbilang budaya
  • Celik IT

Negara
  • Kecekapan dwibahasa
  • Pengetahuan & celik teknologi maklumat
  • Etika
  • Kerohanian
  • Kemahiran berfikir
  • Identiti nasional
  • Kemahiran kepimpinan

Tuesday, 6 September 2016

UJIAN BULANAN 2 SAINS

Ujian Bulanan 2 bagi Sains Tingkatan 1 & 2  telah pun selesai ditaksir pada Isnin yang lepas; 5 September 2016. 
Di sini saya kongsikan soalan dan panduan penskoran bagi mata pelajaran Sains yang telah ditaksir dalam peperiksaan ini.  
Bagi yang berminat sila klik pada pautan yang disediakan di bawah:

UJIAN BULANAN 2 2016 SAINS T1 - SOALAN
UJIAN BULANAN 2 2016 SAINS T1 - JAWAPAN
UJIAN BULANAN 2 2016 SAINS T2 - SOALAN
UJIAN BULANAN 2 2016 SAINS T2 - JAWAPAN




Tuesday, 30 August 2016

PERCUBAAN 3 PT3 2016

SMK Sri Aman telah pun selesai mengadakan Peperiksaan Percubaan 3 bagi calon PT3 pada hari Isnin yang lepas.  Di sini saya kongsikan soalan dan panduan penskoran bagi mata pelajaran Sains yang telah ditaksir dalam peperiksaan ini.  
Bagi yang berminat sila klik pada pautan yang disediakan di bawah:

PERCUBAAN 3 2016 SAINS PT3 - SOALAN
PERCUBAAN 3 2016 SAINS PT3 - SKEMA 





Selamat mencuba dan selamat maju jaya!!