Wednesday 18 March 2015

SELAMAT BERCUTI

Cuti merupakan masa yang ditunggu-tunggu oleh sesiapa sahaja yang bekerja.  Bagi guru-guru sekolah pula, tugas-tugas seperti persediaan dan menyemak hasil kerja murid masih dilaksanakan walaupun masa cuti.  Cuma mereka tidak perlu turun ke sekolah untuk mengajar.  Mudah-mudahan para guru dapat menggunakan masa cuti ini sebaik-baiknya supaya dapat kembali bekerja dengan keadaan yang sihat dan gembira.  
Selamat bercuti bagi semua guru, khususnya guru-guru Sains di SMK Sri Aman.  

Tuesday 10 March 2015

SOALAN SAINS UJIAN BULANAN 1 2015

Salam sejahtera..
Sekarang bulan Mac, kita sedang sibuk dengan Ujian Bulanan 1 (UB1).  Untuk kegunaan guru-guru Sains, soalan dan skema (PP) bagi UB1 bagi Tingkatan 1-5 akan dimuat naik.  Sila klik pautan di bawah untuk muat turun.  
Diharap guru-guru dapat berkongsi soalan dan skema masing-masing.  Terima kasih.

2015 UB1 SAINS TING 1 (SOALAN)
2015 UB1 SAINS TING 1 (PP)
2015 UB1 SAINS TING 2 (SOALAN)
2015 UB1 SAINS TING 2 (PP)
2015 UB1 SAINS TING 3 (SOALAN): credit to PA
2015 UB1 SAINS TING 3 (PP): credit to PA
2015 UB1 SAINS TING 4 (SOALAN)
2015 UB1 SAINS TING 4 (PP)
2015 UB1 SAINS TING 5 (SOALAN)
2015 UB1 SAINS TING 5 (PP)