MESYUARAT PANITIA SAINS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI AMAN
BIL. 2 TAHUN 2015
Tarikh : 10 APRIL 2015
Hari : JUMAAT
Masa : 8.30 PAGI
Tempat : MAKMAL SAINS AM 1,
SMK SRI AMAN
HADIR
1 Puan Paine
Anyie Ketua
Panitia Sains Menengah Rendah / Pengerusi
2 Encik Musa
Bin Tuah Penolong Ketua Panitia Sains Menengah Rendah
3 Puan
Sharifah Hayati Bt Wan Abdullah Setiausaha
4 Puan
Haeidatul Nadwah Biniti Hassan Penyelaras Tingkatan 2
5 Encik Mohd
Fuad Bin Hj. Mohd Arshad Penyelaras Tingkatan 1
6 Puan Sabtuyah Binti Hamdan Guru
Sains
TIDAK HADIR BERSEBAB
1 Cik Siti
Khadijah Binti Ismail Penyelaras Tingkatan 3
AGENDA MESYUARAT
1.0
|
PERUTUSAN
KETUA PANITIA SAINS MENENGAH RENDAH
|
|||||||||||||||||||||
|
1.1
|
Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ahli
Panitia Sains Menengah Rendah (MR) ke mesyuarat
Panitia Sains Menengah Rendah Bil. 2/2015, dan berterima kasih kepada semua
yang dapat menghadirkan diri.
|
||||||||||||||||||||
|
1.2
|
Pengerusi memaklumkan bahawa Cik Siti Khadijah binti
Ismail tidak dapat hadir bersama kerana beliau menghadiri kursus berkaitan dengan
buku teks.
|
||||||||||||||||||||
2.0
|
PENGESAHAN
MINIT MESYUARAT
|
|||||||||||||||||||||
|
2.1
|
Pengesahan minit mesyuarat dicadangkan oleh Puan
Sabtuyah binti Hamdan dan disokong oleh semua ahli mesyuarat.
|
||||||||||||||||||||
3.0
|
PERKARA-PERKARA
BERBANGKIT
|
|||||||||||||||||||||
|
3.1
|
Perkara 3.1
: Modul Off-Line
|
||||||||||||||||||||
|
|
3.1.1
|
Modul Off-Line Sains sudah boleh mula diisi dan
boleh dimuat turun daripada blog PBS sekolah.
|
|||||||||||||||||||
|
|
3.1.2
|
Guru perlu meletakkan Rekod Transit di belakang Buku
rekod Mengajar, biarpun maklumatnya belum diisi.
Tindakan: Panitia Sains
|
|||||||||||||||||||
|
3.2
|
Perkara 3.2: Program Bulan Sains
|
||||||||||||||||||||
|
|
3.2.1
|
Program Bulan Sains pada tahun ini akan diadakan
sepanjang bulan Julai. Pengisian Bulan Sains dan agihan tugas akan
dibincangkan pada bulan Mei atau selewat-lewatnya bulan Jun.
Tindakan: Panitia Sains MR
|
|||||||||||||||||||
|
3.3
|
Perkara 3.3: Masalah Kebocoran paip makmal
|
||||||||||||||||||||
|
|
3.3.1
|
Encik Musa memaklumkan bahawa terdapat masalah
kesukaran untuk menutup paip di makmal Sains Am 2 dan menyebabkan air tidak
berhenti mengalir.
|
|||||||||||||||||||
|
|
3.3.2
|
Beliau telah memanjangkan masalah tersebut kepada
Pembantu Makmal namun tiada
sebarang tindakan diambil setakat ini.
Beliau berharap supaya panitia memohon peruntukan daripada pihak
pengurusan untuk memperbaiki paip tersebut.
Tindakan: Pihak Pengurusan
|
|||||||||||||||||||
|
|
|
||||||||||||||||||||
4.0
|
AGENDA
PROFESIONAL
|
|||||||||||||||||||||
|
4.1
|
Tugas
Panitia
|
||||||||||||||||||||
|
|
4.1.1
|
Pengerusi mengingatkan agar semua rakan panitia Sains supaya faham tentang
tugas-tugas masing-masing terutama sekali dalam p&p.
Tindakan: Untuk makluman
|
|||||||||||||||||||
|
4.2
|
Penyelaras
Tingkatan
|
||||||||||||||||||||
|
|
4.2.1
|
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua
penyelaras Tingkatan yang telah menyediakan analisis keputusan Ujian Bulanan
1 yang lalu.
|
|||||||||||||||||||
|
|
4.2.2
|
Adalah diharap supaya kerjasama sebegini sentiasa
berterusan demi memastikan perancangan panitia berjalan dengan lancar.
Tindakan: Untuk makluman
|
|||||||||||||||||||
|
4.3
|
Pengajaran
& Pembelajaran (P&P)
|
||||||||||||||||||||
|
|
4.3.1
|
Demi Melindungi Masa Instruksional (MMI), pengerusi
mengingatkan supaya rakan guru sentiasa berusaha untuk menyediakan bahan yang
akan digunakan oleh pelajar jika guru diarahkan untuk berkursus atau
menghadiri tugas di luar sekolah.
Tindakan: Untuk makluman
|
|||||||||||||||||||
|
4.4
|
Kelas
Bimbingan PT3
|
||||||||||||||||||||
|
|
4.4.1
|
Jadual Kelas Bimbingan telah pun dikeluarkan oleh
pihak pengurusan. Subjek Sains diadakan
pada hari Isnin pada jam 1030 pagi – 1200 tengahari bermula pada bulan Mac
sehingga September.
|
|||||||||||||||||||
|
|
4.4.2
|
Setelah dipersetujui bersama, Kelas Bimbingan Sains
akan dibahagikan kepada tujuh (7) kumpulan yang melibatkan semua guru Sains
MR seperti di bawah:
|
|||||||||||||||||||
|
|
4.4.3
|
Senarai nama pelajar bagi kumpulan masing-masing
dalam lampiran yang disertakan.
|
|||||||||||||||||||
|
|
4.4.4
|
Bahan untuk Kelas Bimbingan akan disediakan oleh
setiap guru pembimbing secara bergilir-gilir mengikut tahap kumpulan
masing-masing.
Tindakan: Panitia Sains MR
|
|||||||||||||||||||
|
4.5
|
Perkembangan
Staf
|
||||||||||||||||||||
|
|
4.5.1
|
Pengerusi memaklumkan bahawa Program Lesson Study
(LS) Sains di bawah Professional Learning Community (PLC) akan dimulakan
dengan Tingkatan 1 untuk tahun ini memandangkan banyak kekangan dari segi
masa bagi Tingkatan 2 dan 3 untuk menghabiskan sukatan.
|
|||||||||||||||||||
|
|
4.5.2
|
Guru yang dipilih untuk menjalankan sesi pengajaran
dan pembelajaran (p&p) bagi kitaran 1 ialah Encik Mohd Fuad bin Mohd
Arshad. Semua panitia Sains MR perlu
mengadakan kolaborasi bersama untuk memilih topik dan menyediakan rancangan
pengajaran harian (RPH) untuk LS. Kolaborasi
sebelum dan selepas p&p perlu dilaksanakan supaya dapat mengubahsuai dan
menambahbaik (RPH) yang telah disediakan.
Tindakan: Encik Mohd Fuad bin Mohd Arshad
& Panitia Sains MR
|
|||||||||||||||||||
|
|
|
|
|||||||||||||||||||
|
|
4.5.3
|
Projek i-Think Science pula akan diadakan sama ada
15 Mei 2015 dan mungkin akan disambung semula pada minggu berikutnya jika
perlu. Projek ini dilaksanakan untuk menghasilkan Laluan i-Think Science bagi
mewujudkan suasana pembelajaran di sekitar Blok Makmal Sains.
|
|||||||||||||||||||
|
4.6
|
Jadual Penyediaan
kertas Soalan
|
||||||||||||||||||||
|
|
4.6.1
|
Pengerusi mengingatkan supaya guru yang menggubal
soalan untuk menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
|
|||||||||||||||||||
|
|
4.6.2
|
Guru yang menyediakan soalan bagi peperiksaan
pertengahan tahun nanti harus membuat penyelarasan bersama semua rakan guru
yang lain.
|
|||||||||||||||||||
|
|
4.6.3
|
Ketetapan mesyuarat kali ini:
Tindakan: Panitia Sains
|
|||||||||||||||||||
|
|
|
|
|||||||||||||||||||
|
4.7
|
Pengurusan
Makmal Sains
|
||||||||||||||||||||
|
|
4.7.1
|
Kebersihan Makmal adalah tanggungjawab bersama, dan
semua guru yang menggunakannya wajib memastikan keadaan makmal sentiasa kemas
dan para pelajar tidak meninggalkan sebarang sampah sebelum meninggalkan
makmal
|
|||||||||||||||||||
|
|
|
|
|||||||||||||||||||
|
4.8
|
Kelab
Sains
|
||||||||||||||||||||
|
|
4.8.1
|
Kelab Sains sesi petang merancang untuk mengemas
Bilik Peka dan diubahsuai
menjadi Bilik Gerakan Sains dan Mini Perpustakaan Sains.
|
|||||||||||||||||||
|
|
4.8.2
|
Sebuah papan notis akan diusahakan di tingkat bawah
blok Sains untuk menyediakan maklumat tentang program panitia kepada para
pelajar.
Tindakan: Guru Penasihat Kelab Sains MR
|
|||||||||||||||||||
5.0
|
HAL-HAL
LAIN
|
|||||||||||||||||||||
|
5.1
|
1.1
Encik Musa bin Tuah memaklumkan bahawa
isu penempatan pekerja di bawah tangga makmal Sains masih belum ada
penyelesaiannya walaupun telh diajukan kepada pihak pengurusan.
|
||||||||||||||||||||
|
5.2
|
1.2
Pengerusi bercadang untuk memohon
kerjasama Jawatankuasa Program 3k sekolah untuk menceriakan Taman Sains
sekolah.
|
||||||||||||||||||||
|
|
Respon:
Encik Mohd Fuad mencadangkan supaya panitia
menyediakan Kertas Kerja untuk dimajukan kepada JK 3K sekolah.
Tindakan: Ketua Panitia & Setiausaha
Sains MR
|
||||||||||||||||||||
6.0
|
PENUTUP
|
|||||||||||||||||||||
|
6.1
|
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru
sains menengah rendah yang telah hadir dalam Mesyuarat Panitia Sains Bil.
2/2015 kali ini.
|
||||||||||||||||||||
|
6.2
|
Mesyuarat kali ini ditangguh pada jam 11.30 pagi.
|
URUSETIA
Panitia sains, SMK Sri Aman
TARIKH
11 April 2015
Disediakan oleh:
…………………………..
|
Disemak oleh:
…………………………..
|
Disahkan oleh:
…………………………..
|
(SHARIFAH HAYATI BINTI WAN ABDULLAH)
Setiausaha Panitia Sains MR
SMK Sri Aman
|
(PAINE ANYIE)
Ketua Panitia Sains MR
SMK Sri Aman
|
(HAJI ABANG ADRUS BIN HAJI ABANG JUNIDI)
Pengetua
SMK Sri Aman
|